Sheikh Muhamad Ali As-Sanusi |
Beliau mendapat didikan agama awal dari Sheikh Abu Ras RA. (wafat 1823 masihi) dan dari Sheikh Belganduz RA. (1829 Masihi). Kemudian beliau telah pergi ke Fas untuk memperdalamkan ilmu mengenai Tafsir Al-Quran dan ‘Ilmu Hadits, ‘Ilmu Hukum Fiqah serta lanjutan ilmu-ilmu pengajaran Islam dari tahun 1821 hingga 1828 Masihi. Beliau pergi mengerjakan Haji ke Mekah melalui jalan darat melalui Tunisia Selatan dan Mesir. Di Mekah, beliau telah mendirikan Zawiyah tempat melatih murid-murid Tariqatnya di sebuah gunung yang terkenal bernama Jabal Abu Qabais. Beliau juga telah mendirikan Zawiyahnya di Cyreinaica, Baidha Temessa dan Jaghdub. Beliau adalah seorang ulama yang ikhlas dan suka merendahkan dirinya.
Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi adalah pengasas kepada Thariqat Sanusiyah. Markaz Tariqat Sanusiyah pada mulanya berada di Jaghdub antara tahun 1855 hingga 1895, kemudian berpindah ke Kufra pada tahun 1895 hingga 1899 dan kemudiannya telah berpindah ke Guro pada tahun 1899. Pada tahun 1902 markaznya telah kembali berpindah di Kufra manakala zawiyah-zawiyahnya telah meningkat dari dua puluh buah dalam tahun 1859 telah menjadi seratus buah dalam tahun 1884 Masihi. Tariqatnya berkembang luas dari Maroko hingga ke Somalia dan daerah pedalaman Libya. Tariqat ini bersifat keras terutamanya dalam melakukan Jihad atas Jalan Allah dan mentaati para pemimpinnya. Antara wirid-wirid yang dilakukan oleh penganut Tariqat ini ialah zikir “Ya Latif” sebanyak seribu kali secara Sirr. Mereka berpegang dengan Hukum Syara’ yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadits menuruti Mazhab Maliki.
Tariqat Sanusiyah ini juga dikatakan mempunyai pengaruh Tariqat Tijaniyah dan Tayyibiyah yang merupakan cabang dari Tariqat Ahmadiyah, Rashidiyah dan Idrisiyah yang dinisbatkan dengan gurunya Hadhrat Ahmad Bin Idris Al-Fasi Rahmatullah ‘alaih yang meninggal dunia pada tahun 1837 Masihi di Sabia.
Di katakan juga bahawa Tariqat Sanusiyah ini merupakan cabang dari Tariqat Qadiriyah yang telah dikembangkan oleh Hadhrat Ibnu Dabbagh Rahmatullah ‘alaih di sekitar tahun 1700 Masihi di Marokko. Tariqat Sanusiyah adalah sangat sederhana dalam amalan wiridnya dan tidak menyimpang daripada ajaran Islam yang asli. Antara bintang dari tarekat sanusiyah ini adalah SHeikh Umar Mukhtar Singa Padang Pasir yang terkenal itu.
Sheikh Omar Mukhtar |
.
.
بسم الله الرحمن الرحيم
من أحمد بن إدريس إلى جملة إخواننا المكرمين وأحبابنا المحترمين، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،
والذي أعرّفكم به أيها الأخوان الحذر الحذر ثم الحذر من محاربة الله ورسوله وهي أذية أوليائه، وقد قال الله عز وجل، من آذى لي ولياً فقد آذنته بالحرب، وفي الحديث الآخر، من آذى لي ولياً فقد بارزني بالمحاربة، وهذا الرجل أخينا السيد محمد إبن السنوسي من أكابر أولياء الله ولو يعلم الناس منزلته وعلو مرتبته لتكاسروا الأعناق على بابه والناس جاهلون .... ويؤذونه بالكلام فإياكم إياكم ثم إياكم من أذيته والدخول في عرضه والتعرض عليه، فإن من آذاه يؤخذ من حيث لا يشعر ويُخاف عليه من سوء الخاتمة والعياذ بالله، لهذا أحذركموالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sebelum beliau meninggal dunia, beliau pernah berkata, “Hamba-hamba Allah ini telah memberikan kami satu tugas yang amat berat sekali sehingga andaikata ia diletakkan di atas gunung, ia tidak akan sanggup untuk memikulnya.” Yang dimaksudkan oleh beliau ialah menjaga amanah Allah.
Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi telah meninggal dunia pada bulan Safar tahun 1276H/1859M di al-Jaghbub, Libya.
No comments:
Post a Comment