Saturday, June 25, 2011

JEPUN DI MALAYA 1943


Propaganda semasa penaklukan Jepun di malaya dengan menerbitkan sebuah filem yang diberi judul Marai No Tora yang membawa maksud ‘Harimau Malaya’. Watak utama telah dilakonkan oleh pelakon Jepun era 30-an, Koji Nakata.



Filem Marai No Tora diterbitkan pada 1943 mengisahkan pejuangan Yutaka Tani di Malaya.


Koji Nakata sebagai pelakon utama.



..MINTA PERTOLONGAN TUAN..




Friday, June 10, 2011

SURAT TERAWAL DALAM BAHASA MELAYU 1615

Surat yang dihantar oleh Sultan Iskandar Muda (1606 - 1637) dari Aceh kepada Raja Inggeris,  James  I pada tahun 1615. Kandungan warkah ini merupakan kata-kata pujian terhadap Sultan Perkasa Alam, yang merangkumi 24 baris daripada 34 baris keseluruhannya, namun yang diketengahkan ialah kekuasaan raja yang menghantar warkah tersebut. 

Mukadimah surat:


Banda Aceh - "Surat daripada Seri Sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat, raja yang beroleh martabat kerajaan, yang dalam takhta kerajaan yang tiada terlihat oleh penglihat, yang tiada terdengar oleh pendengar, yang bermahligai gading, berukir kerawang, bersendi-bersindura, bewarna sadalinggam, yang berair mas, yang beristana sayojana menentang".

Surat berbahasa Melayu dengan aksara Jawi ini memilik hiasan tertua dan terindah, seain panjangnya mencapai satu meter, surat bersampul kuning asli ini ditulis dengan tinta emas diatas kertas oriental. Kandungan warkah ini antara lain memuji keagungan sultan yang merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan mahligai raja, perbendaharaan raja, kuda dan gajah raja, alat-alat istana raja, keturunan raja dan tanah jajahan raja. walaupun sekali imbas warkah ini menunjukkan keangkuhan raja untuk memaparkan segala yang dimilikinya namun, perkara penting yang ingin diketengahklan kepada Raja James I ialah tentang kehebatan Sultan Perkasa Alam merupakan seorang raja yang setaraf dengan James I atau lebih daripada itu. 


Yang menariknya ialah bahasa Melayu yang digunakan dalam warkah ini dimulakan dengan surat daripada Seri Sultan Perkasa Alam Johan berdaulat, raja yang beroleh martabat kerajaan yang dalam takhta kerajaan yang tiada terlihat oleh penglihatan yang tiada terdengar oleh pendengar. Bahasa Melayu yang digunakan oleh baginda Sultan Perkasa Alam merupakan kesinambungan daripada raja-raja terdahulu yang telah mengutus warkah kepada pihak barat dengan menggunakan bahasa tersebut. Baginda merasakan bahasa bahasa Melayu merupakan bahasa yang agung dan pihak Barat perlu mempelajari bahasa tersebut sekiranya mereka mahu mengadakan hubungan dengan baginda. 

SURAT TERAWAL DALAM BAHASA MELAYU 1602

Surat izin berdagang yang dikeluarkan oleh seorang raja Aceh kepada pedagang Inggeris yang bernama Sir James Lancaster pada tahun 1602.  Warkah ini juga mengandungi beberapa peraturan yang dikenakan kepada orang-orang Inggeris yang datang berdagang dan juga masyarakat tempatan. 


Surat bermula dengan 
Aku raja yang kuasa yang di bawah angin ini yang memegang tahta kerajaan negeri Aceh dan negeri Samuddera dan segala negeri yang takluk ke negeri Aceh ... 

Larangan yang dikenakan kepada mereka pula ialah: 


Sekiranya hutang belum dibayar oleh orang-orang Inggeris, mereka tidak dibenarkan belayar melainkan mereka telah dijatuhkan hukum oleh hakim terlebih dahulu. 


Bagi masyarakat tempatan pula mereka perlu melakukan beberapa perkara, iaitu: 



1. berbuat baik dengan orang Ingglitir dan berurus niaga dengan mereka 
2. menolong mereka sekiranya ditimpa kecelakaan di laut tetapi barang-barang yang diselamatkan tidak boleh diambil melainkan diberi sebagai hadiah. 
3. Orang Inglitir yang mewasiatkan hartanya hendaklah disahkan wasiatnya dan diserahkan kepada pemiliknya 





SURAT TERAWAL DALAM BAHASA MELAYU 1521-1522



Surat dari Raja Ternate dengan Raja Portugal pada tahun1521. Dalam warkah ini sultan Abu Hayat yang masih kecil dan dianggarkan berusia di bawah 10 tahun telah mengutus sepucuk surat kepada raja Portugal  kerana ingin memaklumkan bahawa Francisco Serra mahu dibunuh oleh raja Jailolo dan Raja Tidore kerana disuruh oleh Raja Ambon. Apabila mendengar berita tersebut, Raja Ternate Sultan Abu Hayat telah menghantar perahu 7 buah untuk menyelamatkan Francisco Serra. Orang-orang Feringgi di Bejahan telah dibunuh dan harta mereka telah dirampas. Baginda telah meminta bantuan daripada raja Portugal kerana masalah berlakunya peperangan dengan Jailolo dan Bejahan pada waktu itu. 




Dalam tahun 1522, Raja Ternate Sultan Abu Hayat telah mengutus warkah kepada Raja Portugal lagi bagi menyatakan bahawa Sultan Bayan Sarrallah telah meninggal dunia dan kapal Raja Castell telah datang dua buah dengan senjata meriam yang lengkap untuk melindungi bandar Ternate. 



SURAT TERAWAL DALAM BAHASA MELAYU



Surat dari Raja Ternate dengan Raja Portugal pada tahun1521. Dalam warkah ini sultan Abu Hayat yang masih kecil dan dianggarkan berusia di bawah 10 tahun telah mengutus sepucuk surat kepada raja Portugal  kerana ingin memaklumkan bahawa Francisco Serra mahu dibunuh oleh raja Jailolo dan Raja Tidore kerana disuruh oleh Raja Ambon. Apabila mendengar berita tersebut, Raja Ternate Sultan Abu Hayat telah menghantar perahu 7 buah untuk menyelamatkan Francisco Serra. Orang-orang Feringgi di Bejahan telah dibunuh dan harta mereka telah dirampas. Baginda telah meminta bantuan daripada raja Portugal kerana masalah berlakunya peperangan dengan Jailolo dan Bejahan pada waktu itu. 




Dalam tahun 1522, Raja Ternate Sultan Abu Hayat telah mengutus warkah kepada Raja Portugal lagi bagi menyatakan bahawa Sultan Bayan Sarrallah telah meninggal dunia dan kapal Raja Castell telah datang dua buah dengan senjata meriam yang lengkap untuk melindungi bandar Ternate. 



THE MADRASAH AFTIDAIYAH

Madrasah lama ini dibina dalam tahun 1960an berdasarkan daripada dokumen yang ada. Rekabentuk senibinanya macam rumah2 orang melayu di Melaka. Mungkin sebab Uwan aku adalah dari suku Sri Semelenggang Naning dan suku ini katanya berasal dari daerah Naning yang sekarang terletak dalam daerah Negeri Melaka. 


Di-sebelah madrasah ni ter dapat beberapa kubur lama, tarikh sebenar tak tahu, salah satu-nya yang ini, Batu nesannya jenis batu.... macam megalitic. Tak tahu pulak kubur saper.. mungkin waris2 jugak lah agaknya..


Dokumen dibawah ini pulak adalah dokumen2 kronologi pembinaan madrasah.






MOTOR SPIRIT FACILITIES INSTALLATION AT SENALING!