Friday, May 20, 2011

KAPAL HAJI SEROMBONG BIRU 1939





WARTA MALAYA                                                                                                      02 December 1939
Surat Kiriman

Kasihkan Ia Terkelindan

Haj Melayu

Kepada Pengarang Warta Malaya
Tuan,

Saya terbaca rayuan akhbar Utusan Melayu yang mendakwa dirinya akhbar kebangsaan dan akhbar yang dikelola oleh bangsanya sendiri konon. Adakah syarikat Cina yang menjadi setia usaha bagi syarikat Utusan Melayu itu kepunyaan dan dikelola oleh sebangsa dan seagama yag diborak-borakkan oleh seorang dua kakitangan akhbar itu? Adakah Can Ze Oun anak kompeni dengan sifatnya setia usaha kepada syarikat Utusan Melayu Press Limited berkhidmat dengan dasar yang lain daripada muslihat dan dasar Utusan Melayu.
Syarikat-syarikat perniagaan mengeluarkan wang kerana bayaran iklannya di dalam akhbar-akhbar yang dibaca dan disukai ramai. Jika ia bermaksudkan iklannya itu bagi bacaan umat Islam nescaya ia memilih akhbar yang dibaca dan dibenarkan oleh umat Islam am – bukan sepuak yang muta’asub.
Nyatalah sebagaimana lain-lain syarikat begitulah keputusan syarikat main field deck company – bukan cedah telegram office – menyiarkan iklan pelayaran kapal haji Serombong Biru di dalam Warta Malaya tahun ini bukan kerana tujuan yang lain bahkan ialah kerana Warta Malaya sebesar-besar dan seutama-utama akhbar harian Melayu di dalam Malaya dan Warta Malaya itulah juga akhbar Melayu yang dibaca dan disukai ramai kaum bangsa Melayu dan Islam makin hari semakin banyak dibenarkan dan kuat dipercayai tentang dasarnya yang diiktirafkan semata-mata bagi muslihat kaum bangsa Melayu dan Islam.
Seperkara yang benar beberapa banyak syarikat Inggeris menyiarkan iklannya di dalam akhbar Malaya Tribune iaitu akhbar bahasa Inggeris kepunyaan bangsa Asiatic dan tidak pula di dalam akhbar Singapura Free Pres yang dipunyai oleh orang-orang Inggeris. Adakah dengan perbuatannya itu syarikat Inggeris berkenaan itu bersengaja hendak mengutamakan bangsa Asiatic daripada bangsanya sendiri? Tentulah tidak kerana pada pendapatannya ramai pembaca akhbar Tribune itulah kaum yang disangkanya harus membeli barang-barang yang diiklankan oleh syarikat itu.
Iklan pelayaran kapal haji Serombong Biru ialah sebenarnya bagi orang-orang Islam di dalam Malaya yang terlebih banyak orang Melayu maka tentulah sekurang-kurangnya sebab yang menarik perhatian syarikat main field mengeluarkan dengan bijak menyiarkan iklannya itu ialah di dalam akhbar-akhbar Melayu yang sebenarnya berdasarkan kebangsaan Melayu dan agama Islam. Sekalipun ada beberapa buah akhbar Melayu lagi di negeri-negeri Melayu yang berdasarkan kebangsaan Melayu dan agama Islam (bukan muta’sub atau musayyid) tetapi memada siaran iklannya itu di dalam sebuah dua akhbar yang terlebih banyak dibaca dan dibenarkan ramai istimewa Warta Malaya yang tiada syak mengunjungi pembaca-pembacanya di seluruh semenanjung Melayu ini.
Memang begitu jikalau penguasa Utusan Melayu yang muda rupawan datang mendatangkan pihak yang sebetulnya saya fikir ia tiada akan terkelindan lagi.

No comments: