Surat yang dihantar oleh Sultan Iskandar Muda (1606 - 1637) dari Aceh kepada Raja Inggeris, James I pada tahun 1615. Kandungan warkah ini merupakan kata-kata pujian terhadap Sultan Perkasa Alam, yang merangkumi 24 baris daripada 34 baris keseluruhannya, namun yang diketengahkan ialah kekuasaan raja yang menghantar warkah tersebut.
Mukadimah surat:
Banda Aceh - "Surat daripada Seri Sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat, raja yang beroleh martabat kerajaan, yang dalam takhta kerajaan yang tiada terlihat oleh penglihat, yang tiada terdengar oleh pendengar, yang bermahligai gading, berukir kerawang, bersendi-bersindura, bewarna sadalinggam, yang berair mas, yang beristana sayojana menentang".
Surat berbahasa Melayu dengan aksara Jawi ini memilik hiasan tertua dan terindah, seain panjangnya mencapai satu meter, surat bersampul kuning asli ini ditulis dengan tinta emas diatas kertas oriental. Kandungan warkah ini antara lain memuji keagungan sultan yang merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan mahligai raja, perbendaharaan raja, kuda dan gajah raja, alat-alat istana raja, keturunan raja dan tanah jajahan raja. walaupun sekali imbas warkah ini menunjukkan keangkuhan raja untuk memaparkan segala yang dimilikinya namun, perkara penting yang ingin diketengahklan kepada Raja James I ialah tentang kehebatan Sultan Perkasa Alam merupakan seorang raja yang setaraf dengan James I atau lebih daripada itu.
Yang menariknya ialah bahasa Melayu yang digunakan dalam warkah ini dimulakan dengan surat daripada Seri Sultan Perkasa Alam Johan berdaulat, raja yang beroleh martabat kerajaan yang dalam takhta kerajaan yang tiada terlihat oleh penglihatan yang tiada terdengar oleh pendengar. Bahasa Melayu yang digunakan oleh baginda Sultan Perkasa Alam merupakan kesinambungan daripada raja-raja terdahulu yang telah mengutus warkah kepada pihak barat dengan menggunakan bahasa tersebut. Baginda merasakan bahasa bahasa Melayu merupakan bahasa yang agung dan pihak Barat perlu mempelajari bahasa tersebut sekiranya mereka mahu mengadakan hubungan dengan baginda.
No comments:
Post a Comment