Friday, June 10, 2011

SURAT TERAWAL DALAM BAHASA MELAYU 1602

Surat izin berdagang yang dikeluarkan oleh seorang raja Aceh kepada pedagang Inggeris yang bernama Sir James Lancaster pada tahun 1602.  Warkah ini juga mengandungi beberapa peraturan yang dikenakan kepada orang-orang Inggeris yang datang berdagang dan juga masyarakat tempatan. 


Surat bermula dengan 
Aku raja yang kuasa yang di bawah angin ini yang memegang tahta kerajaan negeri Aceh dan negeri Samuddera dan segala negeri yang takluk ke negeri Aceh ... 

Larangan yang dikenakan kepada mereka pula ialah: 


Sekiranya hutang belum dibayar oleh orang-orang Inggeris, mereka tidak dibenarkan belayar melainkan mereka telah dijatuhkan hukum oleh hakim terlebih dahulu. 


Bagi masyarakat tempatan pula mereka perlu melakukan beberapa perkara, iaitu: 



1. berbuat baik dengan orang Ingglitir dan berurus niaga dengan mereka 
2. menolong mereka sekiranya ditimpa kecelakaan di laut tetapi barang-barang yang diselamatkan tidak boleh diambil melainkan diberi sebagai hadiah. 
3. Orang Inglitir yang mewasiatkan hartanya hendaklah disahkan wasiatnya dan diserahkan kepada pemiliknya 





No comments: